Sunday 6 July 2014

Baitul Muslim IMPIAN KITA

Bismillahirahmanirahim..Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat dan ujian yang diberi kpd diri yang lemah ini..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah :)



#sebenarnyakamisuamiisteri

Pada 30 May 2014, bertukarlah gelaran ana iaitu Cik Nurul Atikah kpd Puan Nurul Atikah..Tidak pernah mengimpikan untuk berumahtangga di usia 22 tahun..Benarlah..! PerancanganNya amat cantik dan jauh lbh baik dari perancangan kita sbg hambaNya..



Abd Ghaffar's family ^_^



khairi's family(+acik n akmal)



kekasih2 hati sye <3


:) sahabat till jannah (:


bidadari G5..NEXT bride? jeng3x..



with ukhtiku syg(kami sebaya) :)


^^Alhamdulillah^^

Hari Sabtu, 2 syaaban 1435H ana dan suami bersama satu lagi pasangan mempelai(ayung dan abg fizi)  meraikan walimatul urus kami di rumah suami ana. Ramai saudara dan kenalan yang bertanya, kenapa buat majlis di rumah lelaki dahulu? Ya, mmg agak pelik dan jarang dibuat org..hehe..ada bbrpa sbb, yang pasti kami bincang dan buat apa yang memudahkan..Sekali lagi lafaz syukur, kerana semuanya dipermudahkan..dari awal majlis hingga habis majlis..Kesempatan ini juga, ana ingin berterima kasih kpd semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis(mak,ayah,abang(suamiku),angah,iqa,ami,ayung,abg fizi,pak long dan semua yg terlibat secara langsung n xlangsung,saudara mara,kenalan,pekerja2,dll)..Yang paling best,bila buka hadiah..Thanx kpd pemberi2 hadiah, seronok sgt bila buka hadiah2 tu n ada hadiah yg ana 1st time tgk..Alhamdulillah,mostly barang utk memasak..So lps ni mmg kena rajin ke dapur utk guna semua brg2 tu..huhu..Hadiah yang paling bermakna ialah doa kalian..Semoga doa kalian buat kami pasangan suami isteri dimakbulkan oleh Allah swt ^_^


classmate time dip..QSD the BEST!


our lovely opah Biha :)


bersama geng TAF (:
                               

one big family..saranghae lillahi ta'ala :))



In shaa Allah, 31 Julai 2014 iaitu pada hari Khamis, walimatul urus di sebelah perempuan akan diadakan di dewan meru,Taman Meru..Dengan rasa penuh kesyukuran ana ingin menjemput semua saudara,kenalan ana utk menghadiri majlis kami nanti..



Selepas sah bergelar seorang isteri kpd Ahmad syazwan, ana perlu menggalas tugas seorang isteri solehah, taat pada suami yg dikasihi, tetap taat pada ibu abah dan juga mak ayah..Tidak hanya itu, ana juga diberi satu tanggungjawab yang ana perlu pikul di dalam NGO Nisa' batu Gajah..Tanggungjawab yang ana rasa sangat besar dan xlayak utk menggalasnya..Semoga ana dan suami terus istiqomah berada di jalanNya..Apabila sudah bergelar isteri, ana harus lebih gigih berusaha mencari rezeki, iaitu menjadi perunding takaful bersama Nur Falah Agensi di Etiqa Takaful Berhad..Semakin berusia seseorang itu, semakin besar tanggungjawab yg perlu digalas,dan semakin hampir utk pergi menghadap ilahi..Doakan ana mampu memikul amanah dari Allah ini hingga ke akhirnya..

#Sebelum ana bergelar seorang isteri, ana ada baca 1 penulisan yg amat terkesan utk ana pegang once dah berbaitul  muslim..

Antara ayat2 terakhir dalam penulisan tu , Sesungguhnya Baitul Muslim IMPIAN KITA semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan setempat dan PEDULI fikrah sekeliling.

Buat suami :

Jadilah imam buat isteri. Seperti imam solat, semua perbuatan dan perkataan akan diikuti makmum . Makmum tidak akan bergerak melainkan imam melakukannya terlebih dahulu.

Justeru, untuk menjadikan isteri membuat perkara yang baik, suami sebagai imam harus mulakan dahulukan contoh yang baik agar dapat dituruti oleh isteri.

Buat isteri
:

Suami mu adalah imam dalam kehidupan. Seperti di dalam solat, makmum tidak boleh mendahului imam kerana ianya akan membatalkan solat jemaah.

Begitulah dalam kehidupan seharian, dahulukan suamimu dari setiap perkara yang lain hatta keinginan dirimu. Nescaya rumah tangga akan kekal harmoni .

Buat kedua suami isteri :

Walau dalam solat imam memimpin , namun makmum turut berpeluang menegur imam andai tersilap rakaat dan terlupa.

Begitulah dalam rumah tangga, terkadang berlaku kesilapan, maka tegur menegurlah dalam kebaikan .

Seperti dalam solat, kita mahu kekal berjemaah sehingga salam diberikan. Begitulah dalam rumah tangga, kita mahu kekal dalam sakinah, mahabbah dan rahmat sehinggalah nafas terakhir dihembuskan.

##Genap sebulan++ kami membina baitul muslim, ana sangat bersyukur dan rasa sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat ana cintai..Dia yang selalu menghiburkan hati, dia yang suka menasihati dgn penuh hikmah, amat tegas dalam bbrp perkara, taat pada mak ayah ibu abah, dia juga seorg yg pasti membimbing diri ini ke jalan yang lurus, dan yang pasti dia ada(walaupun jauh di bangi) saat diri ini suka & duka..Ahmad Syazwan juga seorang yang amat penyayang :) Tiada seorang pun yang sempurna, namun suami dan isteri itu saling melengkapi utk menjadi lbh sempurna ..In shaa Allah

 “Isterimu adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian baginya,” (QS. Al-Baqarah: 187).


##Kami pasangan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) ,setiap pasangan berbeza lukisan hidupnya..Kami ditakdirkan utk jarak jauh buat sementara waktu..Isteri di Ipoh, Suami berjihad(menuntut ilmu)di Bangi..Namun ia bukan menjadi penghalang buat kami utk bahagia spt pasangan lain..Doakan kami bahagia hingga ke syurga :)