Tuesday, 15 May 2012

Asas=Basic=Foundation :D

Salam alaik' buat semua hamba2 Allah d muka bumi yg indah ini.... Alhamdulillah diri ini masih dberi ksmptn utk menulis entry yg kedua... tjuk utk entry kali ni "Asas=Basic=Foundation"..Rasanya semua tau kan kalau nak mulakan sesuatu mesti mula dari bwh,mula siket2, mula plahan2...contoh..Kalau nak buat bngnn msti la kena buat FOUNDATION dulu kan..nak guna foundation jenis ape?itu depends pada jenis bngnn yg kita nak buat tu...okey..itu kalau nak buat bangunan, tapi kalau nak buatkan diri kita atau seseorang tu jadi hamba yg soleh/solehah...?

ni model foundation yg kena buat waktu part 1(assignment group)..huhu

SOLAT fardu JANGAN tinggal yer (^_^)

Jawapannya ,mula dari yg basic.. Buat amalan yg basic2 dulu..wajib utk buat semua amalan fardu ain..ok..CONTOH amaln yg basic tu ----) mulakan dgn lafaz bismillah dlm setiap perkara, start hafal n amalkan doa2 harian mcm doa mkn sblm,slps mkn(rasanya semua org tau), doa lihat cermin, doa naik kndraan, doa sblm tdor,bgn tdor,doa msk washroom, n mcm2 doa lg, biasakan istighfar dlm hati,bykkan berselawat...ngaji al-quran at-least 1 m.s sehari(baca,faham,taddabur).. baca al-mathurat(at least seari sekali,tp better dua kali sehari=pg,ptg)..okey..nak crta cket kelebihan al-mathurat(kekuatan rohani) ni ..

Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Itu je ker basic2 nye??? Korang rasa cukup ker kalau nak jadi soleh/solehah itu je antara basic2 yg kita kena amalkan?? hmm.. kalau ikutkan xcukup....banyak lagi basic2 yg patot kita semua amalkan contoh puasa sunat isnin khamis,solat sunat sblm subuh, biasakan berwudu' sblm tdr,baca al-mulk sblm tdr or lps isya'.. n banyak lagiii....Insyallah kita semua dapat amalkan yg basic2 ni dulu dan istiqomah dalam melakukannya... Aminnn :)

Antara doa2 harian yg patut kita amalkan :)








“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Moga kita semua istiqomah dalam mencapai redha Allah swt.. InsyaAllah :)

6 comments:

  1. Salam tika :) Okey, erin dh faham da. hehe.. :) thanks for the info..

    ReplyDelete
  2. wsalam..bgus2..blh la sama2 kita amalkan..welcome :)

    ReplyDelete
  3. Salam tiqah. Tersentuh hati zara baca ni :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam zara :)
      tersentuh?alhamdulillah.. sama2 kita usaha tingkatkan amal kita..kdg2 kena paksa utk beribadah ni..InsyaAllah dpermudahkan n istiqomah ^_^

      Delete
  4. jazakillah khair, ukhti...
    moga kita selalu istiqomah mengamalkannya tiap pagi & petang...
    dan semoga 4JJI SWT senantiasa menjaga kita sepanjang pagi & malam karenanya...
    semoga beliau imam as-syahid rahimahullah diberikan karunia 4JJI SWT di tempat tertinggi beserta para rasul, nabi, para sahabat, ummul mukminin dan para syuhada yg mulia, atas bimbingan & warisan beliau yang sangat berharga (al-ma'tsurat ini)...

    amin..

    -hafizh-

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan akhi...insyaAllah....sama2 istiqomah mengejar redha Allah dgn melakukan perkara2 mahmudah....

      Delete