Monday, 7 October 2013

Syurga di bawah tapak kaki IBU (:

Bismilahirahmanirahimbersyukur ke hadrat ilahi dengan segala nikmat yang dilimpahkan utk diri yg hina ini…

30.09.2013

Tarikh yg penuh makna..tarikh yg menyedarkan diri ini betapa “kasih ibu itu tiada gantinya”..walaupun sblm ini mmg sedar akan hakikat itu……...mlm semakin gelap, namun mata tidak mampu terlelap.laju tgn ini mencapai sebuah buku yg dipinjam dr seorg sahabat.buku yg sgt baik utk dibaca..buku yang bertajuk “Nota hati seorang lelaki”, tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..

Baca dan terus membaca..selak dan terus menyelak..helaian demi helaian..sampai di muka surat 98..tajuk dimuka surat itu “IBU MEMBERI bukan MENERIMA”..ana akui dan sgt setuju dgn tajuk itu..siapa pun anak di muka bumi ini xdpt nak menangkas hakikat & kenyataan itu..seorang ibu, tidak pernah kenal erti penat, lelah demi memberi kebahagiaan, kasih syg, keselesaan kpd anak2nya..subhanallah..terima kasih ibu...

##Dialog yg tentera dlm buku tersebut.(ana edit sedikit utk lbh ringkas dan faham)##

“semua ibu istimewa” kata syed.

“ya,semua ibu istimewa, tapi saya mahu tahu apa keistimewaan ibumu…”kata ustaz .

“saya teringat, ….satu hari, semasa ummi sangat uzur dia ingin menurun tangga melihat halaman rumah.Sakitnya kian berat.Badannya lemah.Saya papah ummi menuruni tangga.”kata syed.

Tiba2 ummi berkata…..(agak2 apa yg ummi dia kata?) ana langsung xterfikir yg ummi dia akan berkata demikian..sebak menyelubungi diri ini apabila membaca ayat yg keluar dari mulut ibunya.. (T_T)

“Ummi risau, kalau ummi meninggal nanti siapa yang akan doakan kamu?”…. tersentap.sebak.sayu.ok.laju air mata ini mengalir tatkala habis membaca ayat tersebut..

Ulang sekali lagi ayat yg keluar dr mulut ummi syed.
“UMMI risau…kalau ummi meninggal nanti, SIAPA YANG AKAN DOAKAN KAMU?” ummi berkata dengan penuh kelembutan.

(ana saja capital kan huruf2 tersebut) supaya sama2 kita muhasabah, sama2 kita sedar, sama2 kita fikirkan betapa doa seorang ibu utk kita tidak pernah terhenti selagi dia masih hidup.tapi kita? Adakah kita mendoakan kebahagiaan ibu pada setiap hari? Doa ibu sentiasa dimakbulkan..

Ya allah, bersyukurlah kita kerana masih berkesempatan bersama ibu tercinta, taburlah bakti sebanyak2nya kepada ibu, tumpahkanlah kasih sayang kita utknya, berilah khabar gembira buat ibu..pastikan wajah ibu sentiasa tersenyum, sentiasa mengukir senyuman walau hatinya hanya Allah sahaja yang tahu..

jika dulu, kita tidak pernah bertanya khabar ibu, jika dulu kita tidak pernah mengungkap rasa cinta pada ibu.jika dulu kita sering melukakan hati ibu.jika dulu kita hanya menerima dari ibu..tetapi.sekarang.selalulah bertanya khabar ibu, setiap hari luahkan rasa cinta terhadap ibu, jangan pernah menyakiti hati ibu, banyakkan memberi kpd ibu.. 

Dulu dan sekarang berbeza..tanam azam utk berubah..berubah menjadi anak yg soleh/solehah..yg baik..yg boleh menggembirakan hati kedua ibu & ayah kita.. In syaa Allah ^_^

Allah swt berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?

Baginda menjawab: “Ibu kamu.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.

i LOVE my MOTHER


#bagi yang belum membeli buku “nota hati seorang lelaki”, boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran.ana pun xbeli.pinjam je.ana suggest utk entum/na baca buku ni sbb buku ni sgt bagus.sesuai utk semua lapisan esp kita yg masih meningkat remaja.bukan hanya terbatas utk lelaki.selamat membaca&menyampaikan&mengamalkan .. 
moga Allah redha kerana itu tujuan utama kita hidup di dunia ini :)


 
KAMI dan IBU ^_^
saranghae lillahi ta'ala ibu (:
(along anyah atikah akmal acik)



#baru berkesempatan utk update.dah berhabuk dah dlm draft.

No comments:

Post a Comment