Sunday, 30 June 2013

Dilema seoranGadis . . .

Bismilahirrahmanirahim….

Alhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi dengan semua nikmat yang diberi olehNya.. In syaa Allah, 11hb Julai nnt keputusan kemasukan ijazah akan keluar.. Sebelum keputusan keluar ni ana tiba2 terfikir sama ada mahu meneruskan belajar ke peringkat ijazah or x .. (Allah detikkan hati ana utk berfikir tentg ni.subhanallah.pasti ada hikmah yg tersembunyi disebalik semua ni)


Ada beberapa sahabat ana tanya sama ada nak sambg belajar or x sbb dorg tau cita2 ana… Cita2 ana mmg xde kaitan langsung dengan jurusan yg ana belajar skrg.. Ada juga yg mencadangkan utk tukar kos, tukar kpd kos yg lbh berkait rapat dgn cita2 ana.. Mesti korg trtnya2 apa cita2 ana tu kan? Actually ana bercita2 utk membuka taska(islamik).. Ana sangat penggemar budak2..
Tiba2 teringat dialog ana dgn ayah ana time ana sklh rendah dulu..


Abah: adik, nnt dah besar nk jadi ape?
Ana: adik nak jadi cikgu tadika..blh ajar bdk2 yg comel2..hari2 dpt jmpe dorg..mesti best (:
Abah: ishh, xpernh lg abah dgr org bercita2 nak jadi ckgu tadika..kalau minat budak2, nnt adik bukak la taska..jaga budak2..blh jgak kalau nak ajar dorg..
Ana: taska? Owh.. blh jgak.. (dlm hati seronok gler sbb dpt cita2 baru).. *time tu rasa xsbr sgt nak besar.. huu

http://biz.yellowpages.com.my/taska-rayhanna/images/product.jpg

Ada juga sahabat yang cadangkan utk pergi ambil kursus2 yang berkaitan dengan penjagaan kanak2, kursus usahawan utk buka apa2 perniagaan termasuk buka taska.. So, no need to further my study.. Blh jgak pg cari pengalaman..Jaga sepupu or sdra mara yg bwh umur 7 tahun sblm buka taska..

JADI…sekarang ana sangat DILEMA…kalau ikut plan sblm ni..mmg nak sambg jer study dlm bdg ukur bahan nie..then kerja la dlm 2,3 tahun.. kerja yg berkaitan dgn ukur bahan.. bila dah ada duit cket baru cdg nak pg kursus penjgaan kanak2 then mohon loan utk buka taska…

TAPI sekarang bila ramai kwn2,shbt2,adk brdk,sdra mara sendiri bg pendapat yang ana rasa baik jgak utk masa dpn ana, ana jadi dilema sama ada nak teruskan belajar ataupun x..Sekarang ana masih dlm proses istikharah dan istisyarah.. Ada juga sembg2 dgn org2 yg dah pun buka taska.. mostly dorg belajar smpi diploma jer then pergi kursus2 yg berkaitan utk buka taska..ambil lessen nak buka taska.. Alhamdulillah sekarang taska dorg pun semakin maju..

Xsemua benda yg kita nak buat tu disokong oleh org sekeliling..kan? ada kwn ana yang pernah bg pndpt utk ana teruskan jer belajar ke peringkat ijazah dlm bidg ukur bhn tu..dia ckp “xrasa rugi ke dah belajar 3 tahun dlm bdg tu? Klau dah tau xnak kerja Q.S , baik xpyh ambil lgsg diploma ukur bhn.so,better smbg jer degree in Q.S”

Waktu isi borg Upu dulu mmg ana ada apply kos pendidikan awal kanak2.tapi ana xletak 1st choice..ana pilih Q.S(quantity surveying-ukur bahan) sbg pilihan pertama selepas istikharah n istisyarah..Ana xpernah rasa menyesal sambg belajar yg xde kaitan dgn cita2 ana ni..Ada 1001 hikmah disebalik semua yang dah berlaku..Alhamdulillah..Selain ilmu yang berkaitan ukur bahan(kos yg ana rasa sangat mencabar dan menarik utk belajar),byk lagi yg ana dpt sepanjang belajar sbg pelajar diploma ukur bahan..Ana jmpa classmate yg superb osem, penyarah yg sgt sempoi, ana belajar erti bersahabat dengan sahabat2 ana, kenal erti perjuangan sebagai seorg pelajar dan sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini, belajar manage masa dgn lbh baik , dll.. Ana sangat bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bg sepanjang hidup ana..Semua yg ana dapat sekarang xpernah terlintas pun..  Allah dah atur cantik untuk setiap hambaNya..

Sekarang ni ana masih menuggu keputusan degree, kalau ana dpt msk degree ana akan teruskan istikharah utk terima tawaran belajar tu or x..Tapi kalau xdpt masuk degree, still akan istikharah utk buat rayuan masuk degree atau pun teruskan plan utk cita2 ana tu..


##Terima kasih buat semua sahabat,family yg sentiasa beri sokongan dan semangat ##



Mohon semua utk doakan ana..moga keputusana ana nnt diberkatiNya..In syaa Allah..

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

(Al-Baqarah:216)


2 comments:

  1. ni dah bukan Dilemma seorang gadis..
    ni cita2 tinggi Nurul Atikah Mohd Khairi.
    inshaAllah. All the best

    ReplyDelete