Bismilahirahmanirahim…bersyukur ke
hadrat ilahi dengan segala nikmat yang dilimpahkan utk diri yg hina ini…
30.09.2013
Tarikh yg penuh
makna..tarikh yg menyedarkan diri ini betapa “kasih
ibu itu tiada gantinya”..walaupun sblm ini mmg sedar akan hakikat itu……...mlm
semakin gelap, namun mata tidak mampu terlelap.laju tgn ini mencapai sebuah
buku yg dipinjam dr seorg sahabat.buku yg sgt baik utk dibaca..buku yang
bertajuk “Nota hati
seorang lelaki”, tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..
Baca dan terus
membaca..selak dan terus menyelak..helaian demi helaian..sampai di muka surat
98..tajuk dimuka surat itu “IBU MEMBERI bukan MENERIMA”..ana
akui dan sgt setuju dgn tajuk itu..siapa pun anak di muka bumi ini xdpt nak
menangkas hakikat & kenyataan itu..seorang ibu, tidak pernah kenal erti
penat, lelah demi memberi kebahagiaan, kasih syg, keselesaan kpd
anak2nya..subhanallah..terima kasih ibu...
##Dialog yg
tentera dlm buku tersebut.(ana edit sedikit utk lbh ringkas dan faham)##
“semua ibu
istimewa” kata syed.
“ya,semua ibu istimewa, tapi saya mahu tahu apa
keistimewaan ibumu…”kata ustaz .
“saya teringat,
….satu hari, semasa ummi sangat uzur dia ingin menurun tangga melihat halaman rumah.Sakitnya
kian berat.Badannya lemah.Saya papah ummi menuruni tangga.”kata
syed.
Tiba2 ummi
berkata…..(agak2 apa yg ummi dia kata?) ana langsung xterfikir yg ummi dia akan
berkata demikian..sebak menyelubungi diri ini apabila membaca ayat yg keluar
dari mulut ibunya.. (T_T)
“Ummi risau, kalau ummi meninggal nanti siapa yang akan
doakan kamu?”…. tersentap.sebak.sayu.ok.laju air mata ini
mengalir tatkala habis membaca ayat tersebut..
Ulang sekali
lagi ayat yg keluar dr mulut ummi syed.
“UMMI
risau…kalau ummi meninggal nanti, SIAPA YANG AKAN DOAKAN KAMU?” ummi berkata dengan penuh kelembutan.
(ana saja
capital kan huruf2 tersebut) supaya sama2 kita muhasabah, sama2 kita sedar,
sama2 kita fikirkan betapa doa seorang ibu utk kita tidak pernah terhenti
selagi dia masih hidup.tapi kita? Adakah kita mendoakan kebahagiaan ibu pada
setiap hari? Doa ibu sentiasa dimakbulkan..
Ya allah,
bersyukurlah kita kerana masih berkesempatan bersama ibu tercinta, taburlah
bakti sebanyak2nya kepada ibu, tumpahkanlah kasih sayang kita utknya, berilah
khabar gembira buat ibu..pastikan wajah ibu sentiasa tersenyum, sentiasa mengukir
senyuman walau hatinya hanya Allah sahaja yang tahu..
jika dulu, kita tidak pernah
bertanya khabar ibu, jika dulu kita tidak pernah mengungkap rasa cinta pada
ibu.jika dulu kita sering melukakan hati ibu.jika dulu kita hanya menerima dari
ibu..tetapi.sekarang.selalulah bertanya
khabar ibu, setiap hari luahkan rasa cinta terhadap ibu, jangan pernah
menyakiti hati ibu, banyakkan memberi kpd ibu..
Dulu dan sekarang
berbeza..tanam azam utk berubah..berubah menjadi anak yg soleh/solehah..yg
baik..yg boleh menggembirakan hati kedua ibu & ayah kita.. In syaa Allah
^_^
Allah swt berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Allah swt berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
i LOVE my MOTHER |
#bagi yang belum
membeli buku “nota hati seorang lelaki”,
boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran.ana pun xbeli.pinjam je.ana
suggest utk entum/na baca buku ni sbb buku ni sgt bagus.sesuai utk semua
lapisan esp kita yg masih meningkat remaja.bukan hanya terbatas utk
lelaki.selamat membaca&menyampaikan&mengamalkan ..
moga Allah redha kerana itu
tujuan utama kita hidup di dunia ini :)
#baru
berkesempatan utk update.dah berhabuk dah dlm draft.