Sunday, 6 July 2014

Baitul Muslim IMPIAN KITA

Bismillahirahmanirahim..Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat dan ujian yang diberi kpd diri yang lemah ini..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah Ya Allah :)



#sebenarnyakamisuamiisteri

Pada 30 May 2014, bertukarlah gelaran ana iaitu Cik Nurul Atikah kpd Puan Nurul Atikah..Tidak pernah mengimpikan untuk berumahtangga di usia 22 tahun..Benarlah..! PerancanganNya amat cantik dan jauh lbh baik dari perancangan kita sbg hambaNya..



Abd Ghaffar's family ^_^



khairi's family(+acik n akmal)



kekasih2 hati sye <3


:) sahabat till jannah (:


bidadari G5..NEXT bride? jeng3x..



with ukhtiku syg(kami sebaya) :)


^^Alhamdulillah^^

Hari Sabtu, 2 syaaban 1435H ana dan suami bersama satu lagi pasangan mempelai(ayung dan abg fizi)  meraikan walimatul urus kami di rumah suami ana. Ramai saudara dan kenalan yang bertanya, kenapa buat majlis di rumah lelaki dahulu? Ya, mmg agak pelik dan jarang dibuat org..hehe..ada bbrpa sbb, yang pasti kami bincang dan buat apa yang memudahkan..Sekali lagi lafaz syukur, kerana semuanya dipermudahkan..dari awal majlis hingga habis majlis..Kesempatan ini juga, ana ingin berterima kasih kpd semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis(mak,ayah,abang(suamiku),angah,iqa,ami,ayung,abg fizi,pak long dan semua yg terlibat secara langsung n xlangsung,saudara mara,kenalan,pekerja2,dll)..Yang paling best,bila buka hadiah..Thanx kpd pemberi2 hadiah, seronok sgt bila buka hadiah2 tu n ada hadiah yg ana 1st time tgk..Alhamdulillah,mostly barang utk memasak..So lps ni mmg kena rajin ke dapur utk guna semua brg2 tu..huhu..Hadiah yang paling bermakna ialah doa kalian..Semoga doa kalian buat kami pasangan suami isteri dimakbulkan oleh Allah swt ^_^


classmate time dip..QSD the BEST!


our lovely opah Biha :)


bersama geng TAF (:
                               

one big family..saranghae lillahi ta'ala :))



In shaa Allah, 31 Julai 2014 iaitu pada hari Khamis, walimatul urus di sebelah perempuan akan diadakan di dewan meru,Taman Meru..Dengan rasa penuh kesyukuran ana ingin menjemput semua saudara,kenalan ana utk menghadiri majlis kami nanti..



Selepas sah bergelar seorang isteri kpd Ahmad syazwan, ana perlu menggalas tugas seorang isteri solehah, taat pada suami yg dikasihi, tetap taat pada ibu abah dan juga mak ayah..Tidak hanya itu, ana juga diberi satu tanggungjawab yang ana perlu pikul di dalam NGO Nisa' batu Gajah..Tanggungjawab yang ana rasa sangat besar dan xlayak utk menggalasnya..Semoga ana dan suami terus istiqomah berada di jalanNya..Apabila sudah bergelar isteri, ana harus lebih gigih berusaha mencari rezeki, iaitu menjadi perunding takaful bersama Nur Falah Agensi di Etiqa Takaful Berhad..Semakin berusia seseorang itu, semakin besar tanggungjawab yg perlu digalas,dan semakin hampir utk pergi menghadap ilahi..Doakan ana mampu memikul amanah dari Allah ini hingga ke akhirnya..

#Sebelum ana bergelar seorang isteri, ana ada baca 1 penulisan yg amat terkesan utk ana pegang once dah berbaitul  muslim..

Antara ayat2 terakhir dalam penulisan tu , Sesungguhnya Baitul Muslim IMPIAN KITA semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan setempat dan PEDULI fikrah sekeliling.

Buat suami :

Jadilah imam buat isteri. Seperti imam solat, semua perbuatan dan perkataan akan diikuti makmum . Makmum tidak akan bergerak melainkan imam melakukannya terlebih dahulu.

Justeru, untuk menjadikan isteri membuat perkara yang baik, suami sebagai imam harus mulakan dahulukan contoh yang baik agar dapat dituruti oleh isteri.

Buat isteri
:

Suami mu adalah imam dalam kehidupan. Seperti di dalam solat, makmum tidak boleh mendahului imam kerana ianya akan membatalkan solat jemaah.

Begitulah dalam kehidupan seharian, dahulukan suamimu dari setiap perkara yang lain hatta keinginan dirimu. Nescaya rumah tangga akan kekal harmoni .

Buat kedua suami isteri :

Walau dalam solat imam memimpin , namun makmum turut berpeluang menegur imam andai tersilap rakaat dan terlupa.

Begitulah dalam rumah tangga, terkadang berlaku kesilapan, maka tegur menegurlah dalam kebaikan .

Seperti dalam solat, kita mahu kekal berjemaah sehingga salam diberikan. Begitulah dalam rumah tangga, kita mahu kekal dalam sakinah, mahabbah dan rahmat sehinggalah nafas terakhir dihembuskan.

##Genap sebulan++ kami membina baitul muslim, ana sangat bersyukur dan rasa sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sangat ana cintai..Dia yang selalu menghiburkan hati, dia yang suka menasihati dgn penuh hikmah, amat tegas dalam bbrp perkara, taat pada mak ayah ibu abah, dia juga seorg yg pasti membimbing diri ini ke jalan yang lurus, dan yang pasti dia ada(walaupun jauh di bangi) saat diri ini suka & duka..Ahmad Syazwan juga seorang yang amat penyayang :) Tiada seorang pun yang sempurna, namun suami dan isteri itu saling melengkapi utk menjadi lbh sempurna ..In shaa Allah

 “Isterimu adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian baginya,” (QS. Al-Baqarah: 187).


##Kami pasangan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) ,setiap pasangan berbeza lukisan hidupnya..Kami ditakdirkan utk jarak jauh buat sementara waktu..Isteri di Ipoh, Suami berjihad(menuntut ilmu)di Bangi..Namun ia bukan menjadi penghalang buat kami utk bahagia spt pasangan lain..Doakan kami bahagia hingga ke syurga :)




Monday, 7 October 2013

Syurga di bawah tapak kaki IBU (:

Bismilahirahmanirahimbersyukur ke hadrat ilahi dengan segala nikmat yang dilimpahkan utk diri yg hina ini…

30.09.2013

Tarikh yg penuh makna..tarikh yg menyedarkan diri ini betapa “kasih ibu itu tiada gantinya”..walaupun sblm ini mmg sedar akan hakikat itu……...mlm semakin gelap, namun mata tidak mampu terlelap.laju tgn ini mencapai sebuah buku yg dipinjam dr seorg sahabat.buku yg sgt baik utk dibaca..buku yang bertajuk “Nota hati seorang lelaki”, tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..

Baca dan terus membaca..selak dan terus menyelak..helaian demi helaian..sampai di muka surat 98..tajuk dimuka surat itu “IBU MEMBERI bukan MENERIMA”..ana akui dan sgt setuju dgn tajuk itu..siapa pun anak di muka bumi ini xdpt nak menangkas hakikat & kenyataan itu..seorang ibu, tidak pernah kenal erti penat, lelah demi memberi kebahagiaan, kasih syg, keselesaan kpd anak2nya..subhanallah..terima kasih ibu...

##Dialog yg tentera dlm buku tersebut.(ana edit sedikit utk lbh ringkas dan faham)##

“semua ibu istimewa” kata syed.

“ya,semua ibu istimewa, tapi saya mahu tahu apa keistimewaan ibumu…”kata ustaz .

“saya teringat, ….satu hari, semasa ummi sangat uzur dia ingin menurun tangga melihat halaman rumah.Sakitnya kian berat.Badannya lemah.Saya papah ummi menuruni tangga.”kata syed.

Tiba2 ummi berkata…..(agak2 apa yg ummi dia kata?) ana langsung xterfikir yg ummi dia akan berkata demikian..sebak menyelubungi diri ini apabila membaca ayat yg keluar dari mulut ibunya.. (T_T)

“Ummi risau, kalau ummi meninggal nanti siapa yang akan doakan kamu?”…. tersentap.sebak.sayu.ok.laju air mata ini mengalir tatkala habis membaca ayat tersebut..

Ulang sekali lagi ayat yg keluar dr mulut ummi syed.
“UMMI risau…kalau ummi meninggal nanti, SIAPA YANG AKAN DOAKAN KAMU?” ummi berkata dengan penuh kelembutan.

(ana saja capital kan huruf2 tersebut) supaya sama2 kita muhasabah, sama2 kita sedar, sama2 kita fikirkan betapa doa seorang ibu utk kita tidak pernah terhenti selagi dia masih hidup.tapi kita? Adakah kita mendoakan kebahagiaan ibu pada setiap hari? Doa ibu sentiasa dimakbulkan..

Ya allah, bersyukurlah kita kerana masih berkesempatan bersama ibu tercinta, taburlah bakti sebanyak2nya kepada ibu, tumpahkanlah kasih sayang kita utknya, berilah khabar gembira buat ibu..pastikan wajah ibu sentiasa tersenyum, sentiasa mengukir senyuman walau hatinya hanya Allah sahaja yang tahu..

jika dulu, kita tidak pernah bertanya khabar ibu, jika dulu kita tidak pernah mengungkap rasa cinta pada ibu.jika dulu kita sering melukakan hati ibu.jika dulu kita hanya menerima dari ibu..tetapi.sekarang.selalulah bertanya khabar ibu, setiap hari luahkan rasa cinta terhadap ibu, jangan pernah menyakiti hati ibu, banyakkan memberi kpd ibu.. 

Dulu dan sekarang berbeza..tanam azam utk berubah..berubah menjadi anak yg soleh/solehah..yg baik..yg boleh menggembirakan hati kedua ibu & ayah kita.. In syaa Allah ^_^

Allah swt berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?

Baginda menjawab: “Ibu kamu.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.

i LOVE my MOTHER


#bagi yang belum membeli buku “nota hati seorang lelaki”, boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran.ana pun xbeli.pinjam je.ana suggest utk entum/na baca buku ni sbb buku ni sgt bagus.sesuai utk semua lapisan esp kita yg masih meningkat remaja.bukan hanya terbatas utk lelaki.selamat membaca&menyampaikan&mengamalkan .. 
moga Allah redha kerana itu tujuan utama kita hidup di dunia ini :)


 
KAMI dan IBU ^_^
saranghae lillahi ta'ala ibu (:
(along anyah atikah akmal acik)



#baru berkesempatan utk update.dah berhabuk dah dlm draft.

Monday, 2 September 2013

"BERTUNANG"=masih BELUM HALAL..!


Bismillahirahmanirahim..Selawat dan salam untuk junjungan besar nabi Muhammad saw..

Entry yg sangat berat & serius...*khas buat gadis2,adik2,abg,kwn n special 4 bakal tunang org,bkal isteri org*yg dh beristeri/bersuami pun blh baca,blh bertaubat jika ada melakukan bbrpa kesalahan time tunang dulu.Allah maha pengampun ^_^

Alhamdulillah, bersyukur dan rasa gembira serta menumpang bahagia apabila mendengar berita dari sahabat karib & saudara mara yang terdekat bahawa mereka telah diikat-bertunang..Pertunangan hanya satu adat melayu..Zaman nabi saw juga ada pertunangan..Menurut islam istilah bertunang terjadi apabila kedua2 pihak bersetuju utk berkahwin..sgt mudah..tidak perlu majlis pertunangan, tidak perlu cincin tunang,tidak ada hantaran bertunang,dll..Pertunangan juga digalakkan bg mereka yg masih belum bersedia utk berbaitul muslim akan tetapi sudah mempunyai seseorang utk dijadikan pasangan(suami/isteri)..


*majlis bertunang* Perlu atau tidak???
-majlis pertunangan boleh dilakukan,dan ia menjadi satu yg diberkati ilahi apabila majlis tersebut mengikut syariat Islam..majlis yg mempunyai doa selamat..yang hanya dihadiri saudara mara terdekat dan kenalan rapat..ia boleh mengeratkan hubungan antara saudara mara..tambah2 jika majlis tersebut tdk menggunakan catering, msk bergotong royong..dan majlis yang diberkati iaitu majlis sgt sederhana dr segi juadah dan perhiasan..

*make up buat c perempuan yg bertunang* nipis atau tebal???
-"natural beauty"=simple..tidak perlu utk memakai bulu mata palsu.act HARAM jika kita memakai bulu mata palsu, sedihnya ramai yg pakai tanpa ada sekelumit rasa berdosa.cukup sekadar bedak dan lipstik secalit.jangan terlalu tebal sampai org xkenal siapa kita.wahai muslimah.anda perlu bertegas..! ana akui kdg2 kita xkuat utk tetapkan pendirian kita bhwa kita hanya mahu make up yg simple bila saudara mara,kwn2 make up tebal sehingga melanggar syariat Islam..in syaa Allah,jika kita ikhlas , mereka akan respect dgn pendirian kita .. dan yg plg penting "Allah pasti akan bantu kerana Allah sentiasa ADA" :)

*hantaran bertunang..mewah atau bersederhana???
-sesetengah org bg hantaran bertunang terus bg barang2 mcm "sejadah,telekung,handbag,baju,hp,dll" n ada jgak sesetengah org bg hantaran bertunang berbentuk mknn mcm "kek,buah,biskut,dll" dan ada jgak yg campur means bg brg+mknn..okey..xkisah la nk bg apa pun, point yg ingin ana sampaikan,"jgn membazir+terlalu mewah+bukan tahap kemampuan" ..act kalau xnak bg pun lg bgus..tp zaman sekarang ni, n adat org kita mmg akan bg hntrn2 ni, so sbg anak yg baik kita ikut je kehendak mak ayah n sdra mara cuma kena pandai bertegas n pilih konsep yg bersederhana,lg bertuah kalau ramai sdra mara or shbt karib yg nak sponsr..so no need to used ur money.save budget! ^^

*perhiasan-pelamin..ada atau xada???
- selagi ia xmelanggar syariat,teruskan..cuma.cuma dan cuma jika pelamin tersebut memerlukan kos yg sgt tinggi dan diluar kemampuan, so better forget about it oke! tujuan pelamin smsa bertunang ni utk sesi bergambar bersama shbt2, keluarga tercinta, saudara mara..BUKAN bergambar BERDUA bersama pasangan tunang kalian..ingat! KALIAN masih BELUM halal..take note ye kwn2 yg bakal bertunang (: kalau nk jgak tgkp sme2,tarik dua tiga org anak sdra ,sepupu yg comel2 tu antara anda n tunang anda..
sedih bila melihat gambar2 pasangan yg baru bertunang tp bergambar berdua bersama tunang mcm bergambar bersama suami.*fhm2 je la mcm mana =.='

~BATAS pergaulan dengan pasangan tunang kalian yang masih BELUM HALAL~

#belum halal jadi sama je batas pergaulan dengan kawan lelaki/perempuan yg bukan mahram..
#msj/call bila perlu shja..singkatkan masa utk berbincang..
#elakkan berjumpa berdua*kalau keadaan terpaksa,still kena jaga2..
#tiada kata2 manis,gurau senda,gelaran manja dll yg berkaitan..


!!!mantapkan fardu muslim sblm berbaitul muslim!!!

***ENTRY+ingatan tulus ikhlas- khas buat owner blogger ini yang masih & harus sentiasa bermujahadah dan kawan2 diluar sana***

^^gembira bila dengar sahabat2 yg dah melangkah satu tapak utk ke alam rumahtangga.lagi gembira bila melihat mereka menjaga semuanya(esp ikhtilat) sblm melangkah ke alam rumahtangga.sbb..^^

 "Apabila seorang anak teruna selamat diijabkabulkan dengan seorang dara, maka menangislah syaitan-syaitan. Mereka (syaitan-syaitan) tidak lagi berjaya memainkan hati pasangan (suami isteri) itu untuk menuju jalan ke neraka..."

^^jadi bg mereka yg sudah berkemampuan, yang sudah ada pasangan utk berkahwin,cepat2 la post kad kahwin^^

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"

surah an nur: ayat 26

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Penjelasan makna ayat
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا
Dan janganlah kalian mendekati zina.
Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini: “Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya, yaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)
Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya, “Larangan mendekati zina lebih mengena ketimbang larangan melakukan perbuatan zina, karena larangan mendekati zina mencakup larangan terhadap semua perkara yang dapat mengantarkan kepada perbuatan tersebut. Barangsiapa yang mendekati daerah larangan, ia dikhawatirkan akan terjerumus kepadanya, terlebih lagi dalam masalah zina yang kebanyakan hawa nafsu sangat kuat dorongannya untuk melakukan zina.” 
(Lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal.457)

"Allah has beautiful plan for every women and men. Trust Allah and Pray. Allah will light the way"

(: mayAllahblesseverything :)


Monday, 26 August 2013

Kita tetap DEKAT walau JAUH (:


Bismillah…selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad saw.
*perasaan sebak menyelubungi diri ketika ini…

Alhamdulillah, akhirnya Allah swt telah membantu hambaNya yang hina ini untuk membuat keputusan.. Walaupun keputusan yang dibuat mendapat sokongan ramai sahabat dan saudara mara, namun jauh di sudut hati mereka(sahabat) ada yang sukar dan berat untuk menerimanya.. Ana telah bertekad utk tidak menyambung degree buat masa ini..Ana telah pun menolak tawaran belajar ke peringkat ijazah dalam bidang ukur bahan dari pihak UiTM.. Satu keputusan yang sangat besar namun ana yakin disebalik semua ni tersingkap 1001 hikmah dariNYA J

Ana sebak bila ada seorang sahabat meluahkan rasa sedih,takut untuk menghadapi hari2 semasa degree nnt tanpa ana, time diploma kami sntsa bersama.suka.duka.pahit.manis.tapi disebabkan keputusan ana yang xdisangka ni kami tidak lagi blh hadapi semuanya bersama…Setiap kali kami berbual dlm telefon pasti ayat ini yang akan diulangya “tikah, sambung la degree.kesian kte sorg2 nnt.blaja sorg,stress sorg.jom la sambung.tarikh trma belajar xtutup lagi..huu”..dia ckp dengan nada sedih namun terselit gelak ketawa yg sedikit..hm..bila sembang dengan adik2 plak.mereka akan ckp mcm ni.”xbest la kak tikah xde.xblh nak buli2 dah.nnt xde org nk membebel dah kat ktorg”..hanya mampu tersenyum tatkala itu..
Namun, keputusan itu muktamad.. Ana akui perasaan teringen utk bersama mereka lagi di alam kampus sangat tinggi..hadapi pahit manis bersama.usrah bersama.mkn dalam talam.berprogram sme2.solat Jemaah.pro sirah kat p.i..mcm2 lagi kenangan yg ana nk cipta bersama mereka..TAPI xsemua yang kita suka baik utk kita..Allah lbh tau mana yang terbaik utk kita..In syaa Allah..




Buat sahabatkuh..
Yakinlah dengan Allah swt.. Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.. Teruskan perjuanganmu di alam kampus bersama sahabat dan adek2 comel kat sne k..Sahabat yang dpt sambung di kampus lain, moga terus maju jaya…terus istiqomah yer..saling kuat menguat dan terus kuat ok..





Buat adek2 yang solehah+comel+ayu sokmo...
Tingkatkan ilmu..grab semua yg tersedia..all out..manfaatkan mse dgn shbt2,senior2..jgn sia2kan peluang yg dh terbentg luas..korg pasti akn rindu ‘saat itu’ bila dh tamat blaja nnt..sama2 hempas pulas k..success always..give n take..bak kata kak sal,be a problem solver not a problem maker ..korg kan Daebak slalu..msti blh punye..fighting!!!







Sama2 doakan yang terbaik..Kenang daku dalam doamu..Kerna “kita DEKAT walau JAUH”.. Blaja rajen2.. Akademik+Dakwah seiring..Jangan “stress” sgt dengan “masalah”-word yg dh jadi trademark kte semua..act masalah tu satu ujian dari Allah swt..Semua kenangan kita bersama sntsa akan terpahat dalam ingatan.. ^_^
Walau dimana pun kita berada..kita tetap dengan akidah yang sama..taat pada Allah yang Esa..wajib sambung perjuangan Rasulullah saw….ukhuwah islamiyyah akan terus kekal hingga ke syurga…In syaa Allah..



SARANGHAE LILLAHI TA’ALA <3
Lots of love-Kak T.K, T.K, Atikah khairi ^^ miss u olzz..seriously.. :’(
Terus melangkah ke hadapan..Berjihad keranaNYA




" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "

respectkalian."kak"sal.nabila.dila.tiqahmus.tiqahzimi.ainnardin.noin.famiza.syazwati.linda.ina.hanis.farah.
sayangkalian.afaf.ana.asiah.nisa'.firah.fatinathirah.amirahfatin.ctb.seri.tiqahmohamed.nur.hapsah.ain.ami.
                    fatinadiah.kakecah.
rindumereka.nad.tirah.husna.ainin.nisa.hazirah.uya.ain.afiqah.alyani.ama.fatin.k ina.laila.
kasihmereka2.aiza.mira.diana.aliaa.fatinuzir.hanisa.hayati.kiman.solehah.maz.jiha.najwa.nazha.solehah.ramizah.
                      fatinfazira.farahafiqah.adilah.fahima.iman.khairiyah.irfani dan lain2.....




Sunday, 28 July 2013

siapa dia imamku?


Bismillah..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

puisi khas buat ...

Siapakah dia imamku nanti,
Aku masih terus menanti,
Sesuatu yang masih tidak pasti,
Adakah aku sempat memiliki,
Kerana mati semakin mendekati..

Aku menanti..

Seorang mukmin yang sejati,
Matlamatnya mencapai redha ilahi,
Rasulullah saw insan yang sentiasa dirindui,
Syahid di jalan Allah adalah cita2 tertinggi..
Sentiasa bersyukur dengan nikmat ilahi,
Dan bersabar dengan ujian yang diberi..

Aku mendoakan bakal imamku..

Seorang suami yang sentiasa menghiburkanku,
Dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran,
Lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikrullah,
Selawat dan zikir mathurat dibacanya selalu..

Aku sanjungi..

Lelaki yang tegas & penuh berprinsip,
Adil dan amanah dalam memikul tanggungjawab,
Dia yang tidak leka mengejar nikmat duniawi,
Gigih mencari rezeki yang halal dari si Pemberi..

Aku menghormati dia..
Yang taat pada ibu & bapanya,
Yang mencintai isteri & anak tercinta,
Yang kasih pada saudara-maranya,
Yang tinggi akhlak & budi pekertinya..

Aku akui manusia itu tidak sempurna. Ya, aku menginginkan semua ini ada dalam diri imamku nanti, namun aku harus terima semua kelemahannya jua. Kerana aku juga seorang manusia yang sering melakukan kesilapan. Aku akan berusaha menjadi seorang hamba yang taat pada perintahNya, si isteri yang menyayangi sang suami, seorang ibu yang mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang sehingga menjadi anak yg soleh dan solehah. In syaa Allah.. 

Untuk memiliki imam yang ku impikan, aku juga harus berusaha menjadi seperti yang ku idamkan. Kerana...

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. 

(An Nuur : 26)



 

Moga Allah swt permudahkan semuanya. Kita merancang dengan cita-cita, Allah swt merancang dengan cintaNYA (:

28/7/2013-6.06pm



Sunday, 30 June 2013

she's the only one (:


Bersinar kau bagai cahayaYang selalu beri ku peneranganSelembut citra kasihmu kanSelalu ku rasa dalam suka dan duka
Kaulah ibuku cinta kasihkuTerima kasihku takkan pernah terhentiKau bagai matahari yang selalu bersinarSinari hidupku dengan kehangatanmu
Bagaikan embun kesejukan hati iniDengan kasih sayangmuBetapa kau sangat berartiDan bagiku kau takkan pernah terganti
Kaulah ibuku cinta kasihkuTerima kasihku takkan pernah terhentiKau bagai matahari yang selalu bersinarSinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihkuPengorbananmu sungguh sangat berartiKaulah ibuku cinta kasihkuTerima kasihku takkan pernah terhentiKau bagai matahari yang selalu bersinarSinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihkuTerima kasihku takkan pernah terhentiKau bagai matahari yang selalu bersinarSinari hidupku dengan kehangatanmu
*semua lagu yang berkisar tentang ibu mampu menitiskan air mataku* T_T


(: adiksayangibu.terimakasihibu..mintamaafibu :)

b-boo.blogspot.com

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata“Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)



Dilema seoranGadis . . .

Bismilahirrahmanirahim….

Alhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi dengan semua nikmat yang diberi olehNya.. In syaa Allah, 11hb Julai nnt keputusan kemasukan ijazah akan keluar.. Sebelum keputusan keluar ni ana tiba2 terfikir sama ada mahu meneruskan belajar ke peringkat ijazah or x .. (Allah detikkan hati ana utk berfikir tentg ni.subhanallah.pasti ada hikmah yg tersembunyi disebalik semua ni)


Ada beberapa sahabat ana tanya sama ada nak sambg belajar or x sbb dorg tau cita2 ana… Cita2 ana mmg xde kaitan langsung dengan jurusan yg ana belajar skrg.. Ada juga yg mencadangkan utk tukar kos, tukar kpd kos yg lbh berkait rapat dgn cita2 ana.. Mesti korg trtnya2 apa cita2 ana tu kan? Actually ana bercita2 utk membuka taska(islamik).. Ana sangat penggemar budak2..
Tiba2 teringat dialog ana dgn ayah ana time ana sklh rendah dulu..


Abah: adik, nnt dah besar nk jadi ape?
Ana: adik nak jadi cikgu tadika..blh ajar bdk2 yg comel2..hari2 dpt jmpe dorg..mesti best (:
Abah: ishh, xpernh lg abah dgr org bercita2 nak jadi ckgu tadika..kalau minat budak2, nnt adik bukak la taska..jaga budak2..blh jgak kalau nak ajar dorg..
Ana: taska? Owh.. blh jgak.. (dlm hati seronok gler sbb dpt cita2 baru).. *time tu rasa xsbr sgt nak besar.. huu

http://biz.yellowpages.com.my/taska-rayhanna/images/product.jpg

Ada juga sahabat yang cadangkan utk pergi ambil kursus2 yang berkaitan dengan penjagaan kanak2, kursus usahawan utk buka apa2 perniagaan termasuk buka taska.. So, no need to further my study.. Blh jgak pg cari pengalaman..Jaga sepupu or sdra mara yg bwh umur 7 tahun sblm buka taska..

JADI…sekarang ana sangat DILEMA…kalau ikut plan sblm ni..mmg nak sambg jer study dlm bdg ukur bahan nie..then kerja la dlm 2,3 tahun.. kerja yg berkaitan dgn ukur bahan.. bila dah ada duit cket baru cdg nak pg kursus penjgaan kanak2 then mohon loan utk buka taska…

TAPI sekarang bila ramai kwn2,shbt2,adk brdk,sdra mara sendiri bg pendapat yang ana rasa baik jgak utk masa dpn ana, ana jadi dilema sama ada nak teruskan belajar ataupun x..Sekarang ana masih dlm proses istikharah dan istisyarah.. Ada juga sembg2 dgn org2 yg dah pun buka taska.. mostly dorg belajar smpi diploma jer then pergi kursus2 yg berkaitan utk buka taska..ambil lessen nak buka taska.. Alhamdulillah sekarang taska dorg pun semakin maju..

Xsemua benda yg kita nak buat tu disokong oleh org sekeliling..kan? ada kwn ana yang pernah bg pndpt utk ana teruskan jer belajar ke peringkat ijazah dlm bidg ukur bhn tu..dia ckp “xrasa rugi ke dah belajar 3 tahun dlm bdg tu? Klau dah tau xnak kerja Q.S , baik xpyh ambil lgsg diploma ukur bhn.so,better smbg jer degree in Q.S”

Waktu isi borg Upu dulu mmg ana ada apply kos pendidikan awal kanak2.tapi ana xletak 1st choice..ana pilih Q.S(quantity surveying-ukur bahan) sbg pilihan pertama selepas istikharah n istisyarah..Ana xpernah rasa menyesal sambg belajar yg xde kaitan dgn cita2 ana ni..Ada 1001 hikmah disebalik semua yang dah berlaku..Alhamdulillah..Selain ilmu yang berkaitan ukur bahan(kos yg ana rasa sangat mencabar dan menarik utk belajar),byk lagi yg ana dpt sepanjang belajar sbg pelajar diploma ukur bahan..Ana jmpa classmate yg superb osem, penyarah yg sgt sempoi, ana belajar erti bersahabat dengan sahabat2 ana, kenal erti perjuangan sebagai seorg pelajar dan sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini, belajar manage masa dgn lbh baik , dll.. Ana sangat bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bg sepanjang hidup ana..Semua yg ana dapat sekarang xpernah terlintas pun..  Allah dah atur cantik untuk setiap hambaNya..

Sekarang ni ana masih menuggu keputusan degree, kalau ana dpt msk degree ana akan teruskan istikharah utk terima tawaran belajar tu or x..Tapi kalau xdpt masuk degree, still akan istikharah utk buat rayuan masuk degree atau pun teruskan plan utk cita2 ana tu..


##Terima kasih buat semua sahabat,family yg sentiasa beri sokongan dan semangat ##



Mohon semua utk doakan ana..moga keputusana ana nnt diberkatiNya..In syaa Allah..

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

(Al-Baqarah:216)